Thursday, June 3, 2010

China Dolls | Sendikit Pelacuran China Dolls Di Sabah

Berpandukan artikel yang di baca di laman blog SabahKini, penulis telah membuat beberapa siasatan di tempat-tempat tertentu di daerah Penampang. Turut membantu adalah seorang kawan Cina yang bertindak sebagai "jurubahasa" memandangkan kebanyakkan tempat-tempat ini di urus oleh mereka-mereka yang tak fasih berbahasa Malaysia. Kalau sendiri slow talk sama diaorang nie, kepala boleh pening sebab tak faham.

"China Dolls" kebanyakkan disimpan di rumah-rumah urut atau di hotal tumpangan. Kalau ada rumah urut atau Spa yang offer khidmat "body scrub" dengan pekerjanya amoi dari China, 80% boleh gerenti bahawa most probably dia orang ada offer khidmat seks di tempat tersebut. Lebih ketara lagi kalau bilik-bilik urut ada pintu yang boleh di kunci dari dalam dan terdapat ramai bonzer bertatu menjaga kawasan itu.

Kalau rajin baca newspaper, ramai pengusaha ini telah dikenakan tindakan mahkamah, cuma yang peliknya tempat mereka tidak pernah di tutup, cuma kena saman sikit aje lah! Ada satu rumah urut tu berdekatan dengan pondok polis, seolah-olah di jaga oleh pihak berkuasa pula.


Caj yang dikenakan untuk khidmat seks China Dolls biasanya mahal sikit dari minah Indon atau Tagalog. Caj mereka di sekitar RM 220 hingga RM 250 berbanding RM 180 - RM 200 untuk Indon dan Tagalog (Filipino). Harga itu bukan sejam tapi untuk satu "shoot" aje. Kalau barang tu tak power atau tahan lama, rugi lah duit hang oii.

Selain dari di Bundusan, ada juga di China Dolls nie di kawasan Penampang Baru dekat pasaraya Survey yang terbakar dulu. Kawan Cina yang interview beberapa kedai di situ terangkan pada penulis ada satu karaoke di sana yang offer China Dolls sebagai GRO untuk layan semasa berkaraoke dan boleh extra kalau sanggup bayar. Penulis hairan juga bila tengok China Dolls nie... ada juga yang mahu. Lawa memang lawa tapi kebanyakkannya nampak lesu dan macam berpenyakit aje. Takutttt......

Mengikut Blog Sabah Kini:

Pengarah Imigresen Sabah tidak mempunyai kuasa eksekutif dan legislatif untuk memperbaharui visa China Doll terutama yang gagal meninggalkan negara ini setelah tempoh pas lawatan sosial mereka tamat, apatah lagi yang telah tinggal selama berbulan-bulan, sama ada menggunakan pasport palsu atau pasport terbang.

Sindiket Pasport terbang Filipina dan Indonesia sudah begitu sinonim dengan pintu masuk Sandakan dan Tawau kerana menjadi 'terowong utama' kemasukan warga China, Myanmar, Thailand dan Indonesia dengan kerjasama agen pasport antarabangsa yang menggunakan rangkaian pejabat Imigresen setempat sebagai 'perniagaan daging mentah' dan 'penyeludupan manusia'.

Ini pula cerita dari Malaysia Today:


Rumah Cinta ini menjadi sarang maksiat yang dilindungi pihak berkuasa.Gambar kecil Noor Rashid dan gambar di belakangnya Baharon Talib. China Doll ini telah dihantar balik setelah tertangkap dalam Operasi Khas ketika melayan pelanggan di sebuah kawasan sasaran. Pengaruh dan kekuasaan sering membuatkan manusia leka, apatah lagi yang berpangkat dan digeruni seperti Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk DCP Noor Rashid Ibrahim dan Pengarah Imigresen Sabah, Baharon Talib. Kedua-dua mereka ini sering dilihat memasuki Tung Fong Therapy And Reflexology Centre Sdn.Bhd di Beverly Hill, Jalan Bundusan Kota Kinabalu untuk berurut dan ????.

“Memang tidak salah mereka datang ke rumah urut, tapi tempat ini ramai China Doll dan Filipina Doll. Tak baiklah orang lihat CP atau Pengarah Imigresen masuk pusat yang berselindung di sebalik kegiatan pelacuran ini,” ujar seorang pelanggan Hotel Bundusan yang melihat Noor Rashid memasuki rumah urut berkenaan sekitar jam 8.45 malam.

Tags: China Dolls, Penampang, Bundusan

0 comments:

Post a Comment